Press
USAHA BARU BANGKIT SEMANGAT KEUSAHAWANAN BELIA MELAYU/ISLAM
Berita Harian: Ekoniaga, 5 Jun 2007
Pelbagai acara diatur di bawah projek Entrevisi
Oleh
Rosebi Mohd Sah
MENGHIDUPKAN dan membangkitkan semangat keusahawanan di kalangan belia Melayu/Islam serta memberi panduan dan sokongan untuk menjadikan impian keusahawanan mereka satu kenyataan.
Itulah matlamat Projek Entrevisi (singkatan bagi Visi Usahawan) yang sedang diusahakan Kelab Bahasa dan Budaya Melayu Universiti Pengurusan Singapura (SMU-MLCC) dengan kerjasama Rangkaian Usahawan Muda (Yen) Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).
Satu bengkel keusahawanan selama sehari akan diadakan pada Sabtu depan yang akan dikendalikan oleh beberapa pelatih Entrepreneurs' Success Programme (ESP).
Para peserta dalam bengkel itu akan diberi latihan keusahawan dalam keadaan tertentu, melakar perniagaan dan berinteraksi dengan para usahawan dari Thailand, Malaysia dan Filipina.
Bagi seminar yang akan diadakan pada hari berikutnya, para peserta berpeluang mendengar forum mengenai keusahawanan di kalangan golongan muda Melayu serta peluang-peluang perniagaan di Timur Tengah bagi belia-belia Melayu.
Mereka juga berpeluang mendengar pengalaman pahit manis beberapa usahawan Yen DPPMS.
Bagi rancangan susulan, acara Malam Merangkai Hubungan atau 'Networking Cocktail Evening' akan diadakan pada 28 Julai bagi para peserta meluaskan hubungan rangkaian niaga dengan para usahawan terkemuka pelbagai sektor perusahaan.
Kesemua acara tersebut, yang dibuka bagi golongan belia berusia antara 17 tahun dengan 24 tahun itu, akan diadakan di SMU.
Menjelaskan labih lanjut, pegawai bertangungjawab projek tersebut, yang juga mahasiswa SMU, Cik Arlianawati Abdul Rahman, berkata:
'Kami berharap dapat menyatukan sikap dinamik para belia dengan pengalaman dan kemahiran berharga para peniaga berpengalaman terutama dari Dewan Melayu.
'Menerusi sesi 'networking', golongan belia juga berpeluang bergaul, bertukar-tukar pandangan serta meneroka peluang-peluang kerjasama dengan para peniaga veteran.'
Mengulas kerjasama bagi projek tersebut, Pengurus Besar DPPMS, Dr Mohd Shaff Suhaimi, berkata usaha SMU itu sejajar usaha Dewan bagi menyemai semangat keusahawanan semuda mungkin.
'Apabila cakap tentang perniagaan, ia tidak semestinya hanya mengenai modal. Visi, kemahiran dan idea kreatif juga penting bagi memulakan perniagaan. Kami akan saling melengkapi usaha ini. SMU dapat menarik golongan muda yang bersemangat sementara Dewan pula luas dengan pengalaman keusahawanan para peniaga veteran,' tambah beliau.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Cik Nuraini di talian 9388-9147 atau Norli 9155-8649 atau lungsuri laman entrevisi07.blogspot.com.
Press
Menggalak belia Melayu usaha berniaga
Mac 12, 2007
Wawancara oleh Saifulbahri Ismail
Usahawan generasi muda perlu lebih menceburi bidang niaga baru yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi. Bagaimana mereka dapat menyahut cabaran ini? Di Kupas Tuntas – Landskap Niaga kali ini.
“Memang perlu bagi generasi muda untuk menggunakan kreativiti mereka, kebolehan mereka untuk memulakan perniagaan yang mempunyai konsep baru, sesuatu yang lain daripada yang lain yang mempunyai nilai yang tersendiri.”
Pandangan dari Arlianawati Abdul Rahman, pelajar Universiti Pengurusan Singapura (SMU) mengenai mengapakah perlu bagi pengusaha muda memberi tumpuan kepada perniagaan yang mempunyai nilai tambah tinggi. Arlianawati yang juga merupakan pelajar tahun kedua dalam jurusan pengurusan niaga, turut akur bahawa industri-industri perniagaan konvensional dan tradisional seperti makanan dan runcit masih popular di kalangan masyarakat niaga, baik yang mapan mahupun yang baru. Tidak ada salahnya jika para pengusaha menceburi bidang tersebut. Bagaimanapun, menurut Arlianawati lagi peniaga generasi muda dengan daya kreativiti dan inovasi lebih menyerlah, harus berani untuk menunjukkan keterampilan mereka dalam bidang niaga lebih unik dan bernilai tinggi :
“Kalau nak buat kedai runcit pun boleh, makanan pun boleh. Tapi masalahnya sekarang, mereka harus membina idea itu, fikirkan apa yang boleh ditambah, bagaimana nak menambahkan nilai produk ataupun perniagaan mereka, supaya apa yang mereka lakukan itu berlainan, lebih competitive. Jadi, kami percaya mereka boleh melakukannya, mereka mampu melakukannya, melakukan suatu yang lain yang lebih.”
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu menghidupkan idea niaga dan semangat keusahawan di kalangan masyarakat golongan muda, Kelab Budaya dan Bahasa Melayu SMU akan mengadakan bengkel keusahawanan pada penghujung bulan Mac. Dipanggil ‘EntreVisi’, program dua hari ini menyasarkan beliau Melayu-Islam di antara umur 17 hingga 23 tahun. Selain daripada bengkel keusahawanan, satu sesi rangkaian dan jamuan malam juga akan di adakan pada bulan Mei depan. Dalam hal ini, pihak penganjur sedar tentang pentingnya untuk membantu usahawan muda ini membina rangkaian niaga terutama sekali dengan peniaga-peniaga yang lebih mapan dan berjaya. Sementara peniaga-peniaga lebih lama ini amat dihormati dan dikagumi, terdapat juga kelebihan yang tertanam di dalam jiwa pengusaha muda. Arlianawati Abdul Rahman, salah seorang anggota jawatankuasa penganjur bengkel niaga SMU ini berpendapat :
“Mungkin dari segi idea, usahawan muda mungkin lebih kreatif dalam pendekatan mereka terhadap perniagaan. Idea-idea yang datang kerana adanya teknologi seperti internet yang membolehkan mereka melihat keluar negara sebagai sumber inspirasi ataupun sumber idea perniagaan dan untuk mengimport kan idea tersebut ke sini. Keduanya, adalah attitude ataupun sikap yang berani untuk mencuba sesuatu yang baru yang revolutionari, dan juga keinginan yang kuat ataupun hunger apabila memulakan sebuah bisnes itu. Bagi peniaga lama, mungkin mereka lebih conservative. Bagi mereka mungkin lebih sukar mengubah cara mereka menjalankan perniagaan. Kadang-kala juga mereka senang puas hati dengan keadaan perniagaan mereka sehingga ke tahap yang mereka tidak mahu pun mengubah apa-apa aspek perniagaan mereka. Tetapi untuk usahawan muda, mungkin mereka baru dalam bidang itu, jadi mereka lebih berani untuk mencuba sesuatu yang berlainan tapi mempunyai potensi yang besar, dan juga lebih berani menghadapi kegagalan, dan tak segan nak mencuba lagi. Ketiga, usahawan baru boleh memanfaatkan keadaan baru. Apa yang saya maksudkan ialah kehendak pasaran yang sangat dinamik ataupun bertukar-tukar. Apa yang dikehendaki di pasaran sekarang berbeza dengan dahulu. Usahawan muda pun kita tahu mereka merupakan golongan pasaran yang terbesar. Jadi mereka lebih tahu meng-antisipasikan kehendak-kehendak pembeli.”
Arlianawati Abdul Rahman, salah seorang anggota jawatankuasa penganjur bengkel niaga SMU, Entrevisi. Bengkel tersebut turut mendapat sokongan dari Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS). Dr Mohd Mohd Shaff Suhaimi, pengurus besar DPPMS menjelaskan tentang bentuk sokongan yang diberikan :
“Bagi dewan, kami memberikan sumbangan yang berbentuk kewangan, iklan dan exposure di media cetak dan juga pembicara ataupun instructor bagi seminar perkhemahan tersebut, selain daripada menyediakan mentor yang akan mengasuh pelatih-pelatih yang menghadiri Entrevisi tersebut.”
Mentor bagaimana pula yang akan ditawarkan kepada para peserta?
“Bagi mentor pula, kami bersifat terbuka kerana bergantung kepada rencana perniagaan mereka, kami akan padankan bersesuaian dengan perniagaan yang mungkin pelatih-pelatih tersebut telah melakarkan bagi menjalankan perniagaan mereka di hari muka. Jadi, mungkin dalam bidang spa ataupun dalam bidang trading, dalam bidang-bidang tertentu lain yang memang mereka telah lakarkan dalam perencanaan perniagaan mereka.”
Dr Mohd Mohd Shaff Suhaimi, pengurus besar Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura, DPPMS.
Potensi belia Melayu/Islam Singapura dalam bidang perniagaan dan keusahawanan diharap dapat di rangsang dan di bangkitkan lagi. Dalam hal ini, bengkel niaga SMU, Entrevisi boleh menjadi pemangkin dan tapak permulaan bagi mendorong dan memberikan inspirasi kepada golongan muda yang berminat menceburi bidang perniagaan dari awal lagi. Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bengkel tersebut sila lungsuri lelaman internet www.entrevisi07.blogspot.com.
Radio Singapore International
EntreVisi Sponsors & Supporters
Collaborators

Young Entrepreneurs Network

Singapore Malay Chamber of Commerce and Industry
Main Event Supporter

NowAsia
Platinum Sponsors

Ed Borhan > adaptive webware

Association of Muslim Professionals

Mendaki
Gold Sponsors

Makmur Restaurant & Cafe

Fig & Olive
Valued Sponsors

Cre8 Media Pte Ltd
EntreVisi Distinguished Mentors
The winning group for the Business Plan Competition will be awarded mentorship with the following corporate highfliers;
- Ms Jen Anwar, Director of Gold Chocolates & Premium
- Mr Ismail A. Rahman, Director of Hasry Singapore Pte Ltd & Cre8 Media Pte Ltd
- Mr Zulkarnine Hafiz, Managing Director of Fig & Olive
- Mr Keith Kee, Director of Asian Resources Centre Pte Ltd
* List is not exhaustive.